top of page

Modul Ibu Bapa Terbaik Anak Hebat

Dewasa ini kebanyakan ibubapa terlalu sibuk dalam kehidupan sehingga mengetepikan focus mendalami ilmu dan kemahiran untuk membantu anak-anak untuk Berjaya. Hal ini menyebabkan anak-anak tidak focus dalam pembelajaran, sahsiah anak-anak semakin merosot, akhlak dan adab semakin menurun dan anak-anak tidak menghormati ibubapa dan guru. Suatu tindakan yang luar biasa perlu dilakukan dalam mengubah masyarakat secara revolusi total dengan menggerakkan individu-individu yang benar-benar berminat mengubah keadaan ini.

Modul ini merungkai berkenaan formula A.N.A.K yang telah banyak membantu ibubapa dalam meningkatkan potensi diri anak menjadi anak yang hebat dunia dan akhirat. Melalui modul ini, Dr Sufi menekankan berkenaan A.N.A.K iaitu Asuh Dengan Betul, Nak Kena Sentuh, Amalkan Contoh Yang Baik Dan Kena Sentiasa Doa.

Dalam modul ini juga penerapan beberapa doa yang mampu bantu ibubapa dalam membesarkan anak seperti doa melembutkan hati anak yang degil, doa untuk anak pintar dan soleh, doa untuk anak taat perintah allah, doa untuk anak dengar kata, doa memohon kebahagiaan. Selain itu juga, terdapat juga amalan-amalan yang mampu menjemput kebahagiaan dan kekayaan dalam kehidupan.

Program yang diasaskan oleh Dr Sufi ini telah banyak membantu ibubapa seluruh Malaysia dalam meningkatkan kualiti diri dan keluarga Modul ini menggunakan pendekatan praktikal yang menarik dan teknik terkini iaitu NAC (SCIENCE OF NEURO ASSOCIATIVE CONDITIONING) disamping menggunakan kaedah-kaedah NLP, Hipnosis, dan Neo-Motivation berasaskan teori dan model Psikologi dan Kaunseling.

Hasil Pembelajaran

01

Mengenalpasti 4 komponen utama formula A.N.A.K

02

Memahami dan mempraktikkan Teknik dan kemahiran keibubapaan yang tepat dan berkualiti

03

Membina ilmu berkenaan memahami personality anak-anak dengan jelas supaya dapat membantu anak mencapai potensi diri cemerlang.

Terdapat 6 tajuk modul yang akan dipelajari iaitu:

Module 1 : Pengenalan Ibubapa Terbaik Anak Hebat
• Apakah Ibu Bapa Terbaik Anak Hebat?
• Pelajari Formula A.N.A.K
• Kelebihan dan Manfaat Formula A.N.A.K dalam Kehidupan
• Aktiviti 1 : Perbincangan & Case Study

Module 2 : Asuh Dengan Betul
• Teknik Pengunaan Bahasa Kasih Sayang
• Tiga Teknik Tunjuk Kasih Sayang
• Kaedah “Reward & Punishment”
• Power of Personality
• Kaedah Pemakanan Seimbang
• Aktiviti 2 : Tugasan Tindakan Saya!

Module 3 : Nak Kena Sentuh
• Bagaimana Kaedah Hukuman Yang betul?
• Teknik Peluk Berimpak
• Family Time
• Power of Kiss
• Activity 3 : Parenting Games

Module 4 : Amalkan Contoh Yang Baik
• Teknik Permodelan
• Komunikasi Power Untuk Ibubapa

Module 5: Kena Sentiasa Doa.
• Spiritual Matching
• Power Of Solat
• Himpunan Doa Mustajab Ibubapa
• Activity 4 : Perbincangan

Module 6 : Rumusan dan Penutup
• Sesi Soal Jawab
• Muhasabah Diri
• Perbincangan Komen (Feedback) Peserta
• Rumusan Program​

Address

Champion Training & Consultancy Sdn Bhd

No.89-A,Jalan Putra 1,
Taman Sri Putra,
81200 Johor Bahru,Johor

  • Whatsapp
  • Facebook
  • Instagram
  • Youtube
  • TikTok

Sunday - Thursday

8.00 AM - 5.00 PM

Contact Us

If you have any more questions, please message us.

Thank you for your inquiry! We’ve received your message and will get back to you as soon as possible.

Friday

8.00 AM- 12.00 PM

All Rights Reserved © 2023 Champion Training & Consultancy Sdn Bhd

bottom of page